Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan telah mengadakan pemberigaan dan bengkel yang disampaikan oleh Dalkom Group untuk menerokai peluang pemasaran produk agrimakanan melalui platform e-commerce melalui perkhidmatan logistik luar negara.
Pihak Jabatan telah menjemput beberapa usahawan untuk menghadiri sesi pemberigaan dan bengkel platform e-commerce tersebut.
Pemberigaan dan bengkel ini adalah sebagai inisiatif bagi menyokong usahawan tempatan dalam memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa secara lebih tersusun dan berdaya saing.




