Home 5 Pengumuman 5 Makluman Penting kepada Para Nelayan dan Orang Awam

Makluman Penting kepada Para Nelayan dan Orang Awam

Oct 23, 2025 | Pengumuman

Bagi memastikan sumber perikanan laut negara sentiasa lestari dan berdaya tahan, Jabatan Perikanan akan mula menguatkuasakan Penguatkuasaan keatas Penangkapan Udang Bakara dan Ketam bersaiz kecil serta bertelur bermula 1 Januari 2026.

▪️Antara perkara yang perlu diambil perhatian pemegang lesen:

✅ Udang bakara yang berukuran kurang daripada 7.5 cm (carapace size) hendaklah dilepaskan semula serta-merta;
✅ Ketam kecil berukuran kurang daripada 11.5 cm (carapace size) mesti dilepaskan dengan segera;
✅ Udang bakara dan ketam yang bertelur juga perlu dilepaskan tanpa merosakkan spesies berkenaan.

Turut diperingatkan, sebarang aktiviti penangkapan tanpa lesen atau yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan kompaun atau didakwa di mahkamah.

Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga keseimbangan ekosistem laut dan memastikan hasil perikanan dapat turut dinikmati oleh generasi yang akan datang.