Home 5 Berita 5 MAJLIS MAKAN MALAM PERSIDANGAN KE ARAH MELESTARIKAN LAUTAN: INOVASI, TADBIR URUS DAN DAYA TAHANBAGI MASA DEPAN BIRU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA PERSIDANGAN DAN PAMERAN PERTENGAHAN TAHUN BRUNEI (MYCE) 2026

MAJLIS MAKAN MALAM PERSIDANGAN KE ARAH MELESTARIKAN LAUTAN: INOVASI, TADBIR URUS DAN DAYA TAHANBAGI MASA DEPAN BIRU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA PERSIDANGAN DAN PAMERAN PERTENGAHAN TAHUN BRUNEI (MYCE) 2026

Jun 2, 2026 | Berita

Majlis Makan Malam telah diadakan pada 2 Jun 2026 di Restoran J Hotel, Kiulap untuk mengalu-alukan pembukaan rasmi Persidangan ke arah melestarikan lautan: inovasi, tadbir urus dan daya tahan bagi masa depan biru Negara Brunei Darussalam bersempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) 2026, yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Perikanan dengan kerjasama dengan kerjasama Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Penyelidikan (IBER), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) dan Poni Group Sdn. Bhd.

Acara dihoskan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang mana juga selaku tetamu kehormat majlis tersebut. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ketua-Ketua Jabatan, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pengarah Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER), Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Poni Group Sdn Bhd, serta ahli akademik, penyelidik dan pegawai dari Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perikanan.

Sehubungan itu, Persidangan ke arah melestarikan lautan: inovasi, tadbir urus dan daya tahan bagi masa depan biru Negara Brunei Darussalam ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh pengurusan dan pemuliharaan sumber laut secara mampan melalui pendekatan berasaskan sains, inovasi dan kerjasama strategik. Penganjurannya bertujuan menyokong perumusan dasar berasaskan bukti, memperkukuh tadbir urus dan pemantauan laut, memudahcara pemindahan teknologi serta perkongsian pengetahuan, di samping meningkatkan pembangunan kapasiti dan pengukuhan institusi dalam sektor marin dan akuakultur. Persidangan ini juga diharap dapat menggalakkan inovasi dan pertumbuhan ekonomi mampan melalui penggunaan sumber laut secara bertanggungjawab dan mesra alam.

Persidangan ke arah melestarikan lautan: inovasi, tadbir urus dan daya tahan bagi masa depan biru Negara Brunei Darussalam ini berlangsung dari 2 Jun hingga 4 Jun 2026 bertempat Pro-Chancellor Arts Centre, Universiti Brunei Darussalam. Persidangan ini dibahagikan kepada lima (5) tajuk tematik utama termasuk (1) Strengthening Climate Resilience Through Ocean Health and The Protection of Marine Life and Habitats; (2) Innovative Aquaculture for Food Security – Promoting sustainable, technology-driven aquaculture to ensure food security, support livelihoods, and drive growth in the blue economy; (3) Driving Sustainable Ocean Growth – Advancing responsible ocean-based industries for economic development while safeguarding marine resources; (4) Smart Ocean Governance; Collaboration Powered by Data – Strengthening policy frameworks in sustainable and equitable ocean management through partnerships, and regional cooperation, with the use of science, monitoring, and early warning systems for informed decision-making and climate adaptation; (5) Findings from Expedition.

 

Menjelang pengakhiran persidangan ini, dijangkakan hasil utama yang akan diperolehi merangkumi pengukuhan kerjasama serantau dan antarabangsa, peningkatan perkongsian pengetahuan dan teknologi marin, sokongan terhadap penggubalan dasar berasaskan bukti, pembangunan kapasiti pelbagai pihak berkepentingan serta pemerkasaan inovasi dan amalan mampan dalam sektor perikanan, akuakultur dan ekonomi biru.

Check out these related post also…