Seksyen Pematuhan biosekuriti akuakultur

Pengenalan

Aquaculture Biosecurity Compliance Section komited untuk memastikan bahawa ladang udang dan ikan di Negara Brunei Darussalam mematuhi langkah-langkah biosekuriti selaras dengan piawaian Brunei Good Aquaculture Practice (BGAqP).

Seksyen ini juga menyediakan panduan kepada para pengusaha-pengusaha akuakultur bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah terjamin keselamatannya, berkualiti tinggi dan dihasilkan mengikut piawaian kebangsaan terutama sekali dalam pengurusan ladang, biosekuriti dan keselamatan makanan.

Peranan

Amalan Akuakultur Baik Brunei (BGAqP)

Pengenalan BGAqP
Amalan Akuakultur Baik Brunei (BGAqP) ialah piawaian kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan bagi membimbing ladang akuakultur untuk beroperasi dengan selamat, bertanggungjawab dan mampan. Piawaian ini menetapkan keperluan yang jelas mengenai biosekuriti, kesihatan haiwan, keselamatan makanan, perlindungan alam sekitar, serta pengurusan ladang yang baik bagi memastikan pengeluaran produk akuakultur berkualiti tinggi dan menyokong pertumbuhan jangka panjang industri akuakultur di Brunei.
Prosedur untuk mendapatkan pensijilan
Pensijilan akan dianugerahkan kepada ladang yang mencapai sekurang-kurangnya 90% pematuhan tanpa sebarang ketidakpatuhan utama. Pensijilan ini kekal sah selama dua (2) tahun. Satu audit menyeluruh akan dijalankan oleh pasukan pengauditan bagi mengesahkan bahawa ladang tersebut mematuhi sepenuhnya semua piawaian Amalan Akuakultur Baik Brunei (BGAqP).
Senarai syarikat yang telah memperoleh sijil BGAqP

  1. Golden Corporation Sg Paku
    Golden Corporation Website

2. Blue Ocean Tech Sdn Bhd (Hatchery)

3. Barramundi Group (B) Sdn Bhd (Hatchery)
Barramundi Group