Pertanyaan dan Aduan
Cara-Cara Membuat Aduan
Borang Aduan Orang Ramai
Sebagai usaha penambahbaikan perkhidmatan Jabatan Perikanan, Unit Perhubungan Awam telah menyediakan Borang Aduan Orang Ramai bagi memudahkan orang awam dan para pengusaha di bawah kawalan Jabatan ini menyalurkan sebarang aduan atau isu berkaitan perkhidmatan Jabatan Perikanan.
Kaedah Penghantaran Aduan
Orang awam boleh mengemukakan aduan melalui mana-mana kaedah berikut:
Secara Dalam Talian
-
Imbas Kod QR yang disediakan untuk mengakses Borang Aduan Dalam Talian; atau
-
Hantar aduan melalui e-mel rasmi Jabatan di:
📧 enquiry@fisheries.gov.bn
Secara Fizikal
-
Lengkapkan Borang Aduan Fizikal dan serahkan kepada pegawai focal MTU Team di lokasi yang ditetapkan; atau
-
Masukkan borang ke dalam Kotak Aduan Jabatan Perikanan di kaunter-kaunter berikut:
📍Kaunter Seksyen Kewangan, Divisyen Aset, Pentadbiran dan Kewangan – Blok A, Kompleks Perikanan Muara
📍Kaunter Seksyen Pelesenan, Divisyen Pelesenan dan Penguatkuasaan – Blok C, Kompleks Perikanan Muara
📍Kaunter Seksyen Perikanan Tutong – Kuala Balai
📍Kaunter Seksyen Perikanan Temburong
Jabatan Perikanan
Kompleks Perikanan Muara,
Simpang 287-53,
Jalan Peranginan Pantai Serasa,
Kampong Serasa, Daerah Brunei dan Muara, BT 1728.
Negara Brunei Darussalam
+673 2771063
+673 2770068
+673 2770069
info@fisheries.gov.bn
